Mohamad Afif Ketua AMK baharu Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

Mohamad Afif Ketua AMK baharu Negeri Sembilan

ADAM Adli Abdul Halim (baris hadapan, tengah) dan Mohamad Afif (baris hadapan, kanan) bersama Majlis Pimpinan Tertinggi (AMK) dan Ketua-ketua AMK Cabang di Negeri Sembilan dalam pertemuan baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Seremban, Mohamad Afif Anuar dilantik bagi mengetuai AMK Negeri Sembilan bagi penggal 2022-2025.

Perkara tersebut diumumkan Ketua AMK, Adam Adli Abdul Halim baru-baru ini.

Mohamad Afif berkata, pihaknya berterima kasih di atas pengumuman pelantikan Majlis Pimpinan AMK Negeri sembilan itu dan akan memberikan komitmen dan sokongan terus memperkukuh dan melancarkan organisasi PKR.

“Ketua-ketua AMK Cabang Negeri Sembilan juga telah mencapai kata sepakat bagi menetapkan hala tuju dan pemantapan struktur organisasi AMK Negeri Sembilan dalam menghadapi cabaran Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Sehubungan itu, kami akan berikan kerjasama penuh kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, Datuk Seri Aminuddin Harun dalam merangka strategi untuk memperkukuh parti dan mempertahankan kerajaan Pakatan Harapan (PH) terutama kerusi-kerusi PKR di Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau dalam pada itu berharap pelantikan itu dapat meningkatkan momentum kesepakatan semua anggota AMK dalam memperkukuh parti menjelang PRU15. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya