MKN ‘ligat’ pantau aktiviti penyeludupan di sempadan

MKN ‘ligat’ pantau aktiviti penyeludupan di sempadan

JEFNY Mohammad berucap semasa merasmikan Program Karnival Keluarga Malaysia di Padang Kampung Gua, Salor, Kelantan. - FOTO/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Majlis Keselamatan Negara (MKN) ‘ligat’ melakukan pemantauan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini dalam usaha membendung aktiviti penyeludupan barangan bersubsidi.

Pengarah MKN Kelantan, Jefny Mohammad berkata, pihaknya mengambil serius perkara tersebut kerana ia melibatkan pengaliran wang subsidi negara jiran.

Menurutnya, sebagai agensi penyelarasan pihaknya menjalinkan kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia, pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memastikan penugasan berjalan lancar.

“Untuk makluman, kita telah melaksanakan beberapa operasi bersepadu bersama agensi yang terlibat.

“Kerajaan tidak mampu mengawal sepenuhnya. Jadi, rakyat juga perlu memainkan peranan dalam menjadi mata dan telinga untuk mengekang aktiviti penyeludupan ini,” katanya pada Program Karnival Keluarga Malaysia di  Padang Kampung Gua, Salor, di sini hari ini.

Jefny memberitahu, meskipun negara berada dalam keadaan aman, namun elemen keselamatan perlu sentiasa dijaga bersama.

Katanya, kerajaan sentiasa menangani dan mengawal sebarang elemen atau anasir dalaman yang boleh mengganggu gugat keselamatan negara.

“Oleh itu, kita tidak mahu rakyat leka kerana elemen keselamatan perlu dijaga secara bersama menerusi jalinan antara kaum, agama, politik dan sosial,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN