MKN lancar Pelan Induk Kesedaran Keselamatan Siber Negara

MKN lancar Pelan Induk Kesedaran Keselamatan Siber Negara

RODZI Md. Saad berucap pada Konvensyen Pegawai Keselamatan ICT di Kompleks F, Putrajaya. -UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA)  merancang untuk melancarkan Pelan Induk Kesedaran Keselamatan Siber  Negara (PIKKS) bagi  meningkatkan kesedaran dan pendidikan dalam bidang  keselamatan siber di negara ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad berkata, PIKKS ini akan menjadi rujukan utama bagi pelaksanaan program kesedaran di peringkat nasional. 

Beliau berkata, pelan induk ini masih dalam peringkat pengumpulan pandangan dan fakta serta penelitian terperinci.

“Kita jangka proses ini akan dapat disiapkan dalam masa setahun sebelum ia dapat dilaksanakan sepenuhnya.

“Kita mahu hasilkan satu panduan kepada semua pihak tentang cara atau kaedah yang boleh diseragamkan bagi meningkatkan keselamatan siber di negara kita.

“Kita akan segerakan perkara ini sebab agenda ini menjadi keutamaan yang penting kepada negara,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Konvensyen Pegawai Keselamatan ICT 2022 di sini, hari ini.

Katanya, isu ancaman siber boleh diatasi jika wujudnya kepakaran, kesedaran, disiplin dan kerjasama dari semua pihak.  

Justeru, Rodzi berkata, beliau berharap konvensyen ini dapat  meningkatkan kolaborasi antara pemain industri, agensi kerajaan untuk bersama-sama meningkatkan usaha bagi menangani isu ancaman siber di negara ini.

“Saya berharap persidangan ini akan membolehkan percambahan fikiran dan perkongsian pengalaman dalam mencari kaedah meningkatkan lagi kselamatan siber di negara kita,” katanya.

Sementara itu, Ketua Eksekutif NACSA, Rahamzan Hashim berkata, sebanyak 4,194 insiden keselamatan siber direkodkan sepanjang tahun 2020 dan ia meningkat kepada 5,575 kes pada 2021.

“Malah, sehingga Julai lalu, jumlah insiden yang dilaporkan adalah 4,682 dan ia menunjukkan trend peningkatan,” katanya.

Katanya, beliau berharap agar semua agensi kerajaan dan swasta di  Malaysia dapat bekerjasama dengan NACSA dalam menangani  ancaman dan insiden keselamatan siber. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya