Memang ada rundingan dengan UMNO - Takiyuddin

Memang ada rundingan dengan UMNO – Takiyuddin

PERWAKILAN mendengar ucapan penggulungan dan penutupan Muktamar Tahunan Pas ke-68 di Kompleks Pas Kedah di Alor Setar. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mempertahan kenyataan Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu kini sedang mengadakan perbincangan bersama beberapa pemimpin UMNO mengenai strategi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurut beliau, rundingan tersebut dibuat di peringkat tertentu yang tidak perlu didedahkan.

Malah katanya, beliau optimis betapa perbincangan yang berjalan itu mampu membawa kepada rundingan rasmi, selepas ini.

“Tak perlu kita dedahkan tetapi saya mengesahkan bahawa kita memang sedang mengadakan perbincangan secara rasmi dan tidak rasmi. Perbincangan itu diadakan dengan pemimpin yang kita rasa tidak semestinya boleh buat keputusan tetapi menuju ke arah untuk kita lakukan perbincangan yang lebih rasmi selepas ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas berakhir Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-68 di Kompleks Pas Kedah di sini, hari ini.  

Abdul Hadi dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar dalam muktamar itu semalam memaklumkan, rundingan antara UMNO dan Pas ketika ini masih berjalan melibatkan pimpinan kedua-dua parti termasuk di peringkat akar umbi.

Kenyataan itu mendapat reaksi daripada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mendakwa tiada sebarang rundingan oleh mana-mana kepemimpinan partinya seperti didakwa Abdul Hadi.

Mengulas lanjut, kata Takiyuddin, satu ketika dahulu, Mohamad turut pernah bersetuju apabila ada pandangan daripada pimpinan Pas yang menyatakan kerusi tertentu boleh dibincangkan antara kedua-dua pihak bagi mengelak dimenangi pihak ketiga iaitu Pakatan Harapan (PH).

“Itu saya rasa diakui Timbalan Presiden UMNO sendiri. Jadi dalam perbincangan kali ini, perkara itu jugalah yang dibincangkan. Politik ini tak semestinya anda terus berada di meja rundingan secara rasmi saja. Ada juga perbincangan secara tak rasmi kerana apa yang lebih penting adalah kehendak ahli,” katanya.

Tambahnya, dalam keadaan apa sekali pun, Pas sedia dan terbuka untuk berunding selagi Pilihan Raya Umum Ke15 belum berlangsung.

“Saya sendiri dan beberapa pimpinan telah menerima mandat dari parti untuk kita cuba terokai perkara tertentu. Pokoknya, kita konsisten dengan penyatuan ummah itu sendiri sama ada dengan Perikatan Nasional (PN) atau Muafakat Nasional (MN),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya