Mekanik maut, rakan parah motosikal dinaiki terbabas - Utusan Malaysia

Mekanik maut, rakan parah motosikal dinaiki terbabas

KEADAAN motosikal dinaiki Muhammad Hanif Hashim dan rakannya, Mohammad Aiman Firdaus Nor Hisam yang terlibat kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur 2 berhampiran Kijal, Kemaman, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang mekanik maut dan rakan sekerjanya cedera parah apabila motosikal dinaiki mereka terbabas di Kilometer 294.2 Lebuhraya Pantai Timur 2 di sini berhampiran Kijal di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang, Muhammad Hanif Hashim, 24, berasal dari Kampung Benting Lintang, Besut meninggal dunia di lokasi kejadian setelah cedera parah di kepala.

Rakannya, Mohammad Aiman Firdaus Nor Hisam,19, berasal dari Gemas, Negeri Sembilan yang membonceng motosikal cedera parah di bahagian peha kiri.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda RSX FS150 dalam perjalanan ke arah Kuala Lumpur untuk bekerja selepas bercuti di Kuala Terengganu.

“Siasatan awal mendapati, setibanya di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang Muhammad Hanif tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke kiri lebuh raya sebelum terlanggar besi penghadang jalan.

“Insiden itu menyebabkan Muhammad Hanif tercampak kira-kira 10 meter dan terjatuh di bahu jalan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hanyan berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut manakala rakannya turut dibawa ke hospital sama untuk menerima rawatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya