MBSJ laksana latihat menyelamat, persediaan hadapi monsun

MBSJ laksana latihan menyelamat, persediaan hadapi monsun

MBSJ
Latihan bencana menyelamat di air antara Majlis Bandaraya Subang Jaya dan Jabatan Bomda dan Penyelamat Malaysia Selangor di Puchong sebagai persiapan menghadapi musim Monsun Timur Laut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) melaksanakan sesi Latihan Bencana Menyelamat di Air bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor Sempena Persiapan Menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) pada 22–23 September 2022 bertempat di Tasik Puchong Prima.

Sesi penutupan majlis itu turut dihadiri Datuk Bandar MBSJ, Datuk Johary Anuar bersama Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Norazam Khamis.

mbsj

Melihat kepada trend semasa, MBSJ selaku Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu bersiap siaga dalam menghadapi bencana khususnya menjelang perubahan iklim Monsun Timur Laut yang
dianggarkan akan bermula pada bulan Oktober hingga Mac.

Konteks kesiap siagaan MBSJ dalam menghadapi Monsun Timur Laut bukan sahaja meliputi aset dan fasiliti tetapi anggota yang bertugas dipersiapkan dengan latihan dalam menghadapi cabaran.

Latihan Bersama, Pengurusan Bencana Menyelamat di air di antara MBSJ dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor telah dilaksanakan di dalam tempoh dua hari melibatkan seramai 57 anggota Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) MBSJ, 23 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor dan sembilan anggota penguatkuasa dan MPPK, Pejabat Tanah dan Galian Daerah Petaling yang dikelolakan oleh jurulatih Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor.

Ia merupakan antara manifestasi majlis di dalampersiapan menghadapi Monsun Timur Laut ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya