MBSJ laksana bajet inklusif jana bandar raya pintar, lestari

MBSJ laksana bajet inklusif jana bandar raya pintar, lestari

MBSJ
Johary Anuar, (barisan depan tengah) bersama para peserta yang menyetai sesi town hall Majlis Bandaraya Subang Jaya hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) telah menganjurkan Sesi Townhall Bajet MBSJ 2023 bagi menerangkan mengenai kedudukan kewangan dan mendapatkan maklumbalas serta  cadangan konstruktif dari komuniti serta pemegang taruh bagi dipertimbangkan sebagai input dalam merangka strategi berkaitan pelan belanjawan MBSJ bagi tahun depan.

Sesi yang dirasmikan oleh Datuk Bandar MBSJ, Datuk Johary Anuar itu adalah selari dengan SDG 11 dan SDG 8 di mana perancangan belanjawan ini akan memfokuskan kepada bandar mampan dan pertumbuhan ekonomi serta penglibatan komuniti dalam membina bandar raya yang lestari.

Bagi memastikan perancangan belanjawan bagi tahun 2023 ini adalah lebih responsif terhadap setiap keperluan semasa, pihak Majlis juga telah membuat beberapa sesi perbincangan termasuk
Mesyuarat Pelan Operasi Bajet Tahunan MBSJ bersama Ahli Majlis dan ketua-ketua jabatan bagi mengenalpasti semua perancangan dan keutamaan yang akan dilaksanakan di dalam bajet 2023.

mbsj

Hasil dari perbincangan tersebut bagi tahun 2023, anggaran perancangan belanjawan ini akan dirangka bertemakan kepada ‘Bajet Inklusif Menjana Bandaraya Pintar dan Lestari’ bersesuaian
dengan Pelan Strategik Subang Jaya 2020-2025 dan Rancangan Selangor 1 (RS1) iaitu menjadikan Selangor sebuah negeri Pintar, Berdaya Huni dan Makmur menjelang tahun 2025.

Dalam memastikan semua hasil yang diperolehi adalah dibelanjakan mengikut perancangan secara cekap dengan pengawalan ketat bagi mengurangkan risiko ketirisan dan pembaziran sumber, MBSJ juga akan mengimplikasikan Anggaran Belanjawan Tahun 2023 berasaskan ‘Modified Budgeting System (MBS)’ di mana setiap item perbelanjaan perlu diperincikan.

Pihak majlis telah menyediakan draf Bajet Tahun 2023 yang mana terdapat peningkatan pendapatan sebanyak RM 35.89 juta dan perbelanjaan juga dinaikkan sebanyak RM 19.28 juta berbanding 2022.

Pada tahun 2023 juga pihak Majlis mensasarkan kutipan sebanyak RM315,035,700 iaitu kenaikan 12.9 peratus berjumlah RM35.8 juta berbanding dengan anggaran bagi tahun 2022. Hasil Cukai Taksiran masih lagi menjadi penyumbang utama iaitu sebanyak RM224,500 juta atau bersamaan 71 peratus dari keseluruhan hasil Majlis.

Bagi hasil bukan cukai yang terdiri daripada lesen dan permit, bayaran perkhidmatan, jualan, sewaan, faedah, denda dan hukuman dianggarkan akan menjana hasil Majlis sebanyak RM75.46 juta bersamaan 24 peratus serta terimaan bukan hasil sebanyak RM15.07 juta iaitu lima peratus dari keseluruhan Bajet 2023.

Pada tahun 2023, Majlis telah mencadangkan anggaran perbelanjaan berjumlah RM316.939 juta. Daripada jumlah tersebut, RM206.53 juta atau 64 peratus diperuntukkan bagi belanja mengurus dan RM110.41 juta atau 35 peratus diperuntukkan untuk belanja pembangunan.

Melalui platform ini, perancangan belanjawan akan diperincikan menerusii pandangan komuniti dan pemegang taruh dalam memantapkan prestasi ekonomi, meningkatkan kecekapan  pentadbiran organisasi selaras dengan dasar inklusif MBSJ yang mengambil kira pandangan semua pihak di dalam perancangan belanjawan MBSJ bagi prospek pembangunan yang diperlukan dalam merangka dan memperkukuhkan Perancangan Belanjawan MBSJ bagi tahun 2023 agar dapat memenuhi ekspektasi dan keperluan semua pihak.

Dalam sesi ini peserta telah dipecahkan mengikut Blok Perancangan (BP) MBSJ berpandukan kepada kepada enam kumpulan Teras Pelan Strategik MBSJ yang akan dipadankan dengan Sustainable Development Goal (SDGs) dan Rancangan Selangor-1 (RS-1) seperti berikut :

1. Tadbir Urus Terbaik
2. Infra dan Kemudahan Awam
3. Pembangunan Mampan
4. Pembangunan Sosio Ekonomi
5. Capaian Pintar
6. PembentukanMasyarakat Madani

mbsj
Johary Anuar

Adalah diharapkan melalui penglibatan komuniti di dalam sesi pada hari ini, perancangan pelan belanjawan MBSJ 2023 dapat dihasilkan berdasarkan keupayaan kewangan organisasi dengan
mengambil kira aspek tadbir urus yang berkualiti bagi mengekalkan perkhidmatan yang efisyen dan cemerlang sekali gus mendatangkan impak yang positif dari segi ekonomi dan sosial bandar raya Subang Jaya.

Melalui perancangan secara rapi dan berstrategik, diharap bandar raya Subang Jaya akan terus menjadi antara bandar raya yang berdaya huni dan tidak meminggirkan keperluan semua pihak (No one Left Behind) sekali gus memperkasakan ciri-ciri utama bandar iaitu pintar, hijau, selamat dan makmur sekali gus mencapai misi Negeri Selangor sebagai negeri pintar, berdaya huni  dan makmur menjelang tahun 2025 sepertimana yang termaktub dalam aspirasi Rancangan Selangor Pertama RS-1.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya