Mangsa terakhir bot nelayan karam ditemukan

Mangsa terakhir bot nelayan karam ditemukan

MAYAT Chia Hock Neng dibawa naik ke Jeti Maritim Batu Pahat sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk proses bedah siasat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Mayat mangsa terakhir kejadian bot nelayan karam ditemukan tersangkut pada tali sawat enjin selepas 14 hari kejadian malang itu berlaku. 

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, penemuan mayat Chia Hock Neng, 60, dilaporkan pada pukul 4.40 petang semalam oleh pasukan bomba dan penyelamat di dalam bot yang telah diapungkan dan ditarik kira-kira  500 meter dari Pantai Teluk Hailam. 

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jeti Maritim Batu Pahat sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk proses bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Sementara itu, 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rengit, Kluang dan Skudai dikejarkan ke lokasi sebaik menerima laporan penemuan mayat mangsa. 

Menurut Ketua Operasi, Penolong Penguasa Bomba Othman Mohd. Baker, pihaknya mengambil masa kira-kira  30 minit sebelum mayat mangsa berjaya dikeluarkan dari dalam bot berkenaan. 

Pada 14 September lalu, sebuah bot yang dinaiki empat nelayan karam dan tenggelam akibat cuaca buruk dan ombak besar. 

Dua daripada nelayan berjaya menyelamatkan diri dengan terjun ke laut sebelum diselamatkan nelayan yang berada berhampiran tempat kejadian, namun dua lagi dilaporkan hilang sebelum mayat salah seorang daripadanya ditemukan tersangkut pada tali pukat ketika kerja-kerja mengapungkan bot dilakukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya