Lori treler bawa muatan papan solar terbalik - Utusan Malaysia

Lori treler bawa muatan papan solar terbalik

KEMALANGAN melibatkan sebuah lori treler membawa muatan papar solar dan sebuah kereta Perodua Axia di Lebuhraya Seremban-Bukit Nenas menghala ke Sendayan pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebuah lori treler membawa muatan papan solar terbalik dalam kemalangan dengan sebuah Perodua Axia di Lebuhraya Seremban-Bukit Nenas menghala ke Sendayan (atas jejambat Bukit Kepayang) berdekatan Plaza Tol Seremban di sini pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6.42 pagi tadi melibatkan sebuah lori treler dan sebuah kereta Perodua Axia.

“Seorang mangsa wanita berusia 31 tahun yang memandu kereta Perodua Axia selamat keluar daripada kenderaan manakala seorang lelaki pemandu lori treler berusia 51 tahun tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba.

“Mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak ambulans untuk dibawa ke hospital,” katanya hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa kereta Perodua Axia bergerak dari arah Bandar Seremban menghala ke arah Seremban 2 manakala lori treler itu pula bergerak dari arah Sepang menghala ke Melaka.

“Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian berbentuk jalan lurus, semasa kereta Perodua bergerak terus tiba-tiba datang sebuah lori treler membawa muatan papan solar dari arah bertentangan.

“Pemandu lori treler itu dipercayai telah hilang kawalan dan telah masuk ke laluan kereta Perodua Axia dan terbalik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Nanda, kemalangan menyebabkan minyak diesel tumpah di atas jalan raya dan kerja-kerja pembersihan dilakukan oleh pihak Bomba.

“Atas faktor keselamatan, jalan tersebut ditutup kepada kenderaan untuk dilalui sehingga kerja pembersihan selesai. Semua pengguna jalan raya di kawasan sekitar yang hendak menuju ke Sendayan boleh menggunakan laluan alternatif,” katanya.

Beliau berkata, pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif berikut iaitu Jalan Persiaran Utama Seremban 2 dan laluan dari Sendayan ke Bandar Seremban dilencongkan ke susur lampu isyarat Bukit Kepayang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya