Lebuh Raya Suke kemudahan terbaharu warga Lembah Klang

Lebuh Raya Suke kemudahan terbaharu warga Lembah Klang

polis
PEMANDANGAN udara Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Fasa pertama Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke) yang bermula dari persimpangan Kajang-Cheras hingga persimpangan Bukit Antarabangsa sepanjang 16.6 kilometer (km) yang perasmiannya malam esok dalam masa terdekat bakal menjadi kemudahan terbaharu untuk jutaan warga Lembah Klang.

Jarak keseluruhan lebuh raya sepanjang 24.4 km bermula di Jalan Sri Petaling hingga Ulu Kelang yang menelan kos pembinaan RM5.7 bilion itu kini telah 98 peratus siap dan pembangunannya dijangka selesai pada suku tahun pertama 2023.

Suke bukan sahaja mampu mengurangkan kesesakan trafik di sepanjang Jalan Lingkaran Tengah 2 sebanyak 30 peratus, namun mengurangkan 30 peratus kesesakan trafik di Jalan Ampang dan 12 peratus lagi di Jalan Loke Yew pada waktu puncak.

Jangkaan masa perjalanan melalui Suke adalah selama 25 minit, iaitu penjimatan 50 minit berbanding 75 minit perjalanan melalui jalan sedia ada.

Pelancaran fasa pertama Suke bakal disempurnakan oleh Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof di Plaza Tol Bukit Teratai pada malam esok.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya