Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas RUU kawalan tembakau siap hujung bulan - Utusan Malaysia

Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas RUU kawalan tembakau siap hujung bulan

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) Menimbang Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dijangka dapat disiapkan menjelang hujung bulan ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, jangkaan itu diambil kira selepas beliau mempengerusikan mesyuarat kedua JKPK, semalam.

“Jika tiada halangan, laporan JKPK ini dijangka dapat disiapkan menjelang penghujung bulan ini bagi membolehkan RUU ini dibentangkan sekali lagi dalam persidangan Parlimen yang akan datang.

“Mesyuarat semalam juga telah membincangkan tentang peruntukan-peruntukan di bawah Bahagian Penguatkuasaan RUU,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook, hari ini.

Pada 2 Ogos lalu, Dewan Rakyat bersetuju membawa usul akta tersebut untuk dirujuk kepada JPK Parlimen.

JPK tersebut dianggotai 13 Ahli Parlimen dari blok kerajaan dan pembangkang yang terdiri daripada Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim; Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd. Nizar Zakaria dan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Selain itu, Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin; Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari; Ahli Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni dan Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr. Kelvin Yii Lee Wuen.

Seterusnya, JPK juga dianggotai Ahli Parlimen Sungai Buloh, R. Sivarasah; Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad; Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Madius Tangau; Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ignatius Dorell Leiking dan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya