KPDNHEP rampas 3,461 barangan tiruan bernilai RM68,040 - Utusan Malaysia

KPDNHEP rampas 3,461 barangan tiruan bernilai RM68,040

SAHARUDDIN Mohd. Kia (kanan) menunjukkan sebahagian daripada barang tiruan pelbagai jenama popular yang dirampas di Kuala Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu merampas 3,461 barangan tiruan bernilai RM68,040 dalam tiga serbuan berasingan secara serentak di negeri ini, semalam.

Pengarah KPDNHEP negeri, Saharuddin Mohd. Kia berkata, serbuan berkenaan dibuat terhadap dua premis di daerah Hulu Terengganu dan satu di Kuala Terengganu yang disyaki menjual barang tiruan.

Menurutnya, dua individu iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan tempatan berusia lingkungan 30-an ditahan bagi membantu siasatan.

“Operasi yang dijalankan adalah susulan laporan daripada pemilik cap dagang berdaftar yang mengesyaki barang berkenaan yang diniagakan melalui platform media sosial TikTok adalah tiruan.

“Hasil siasatan, dua peniaga itu dipercayai menjalankan perniagaan menjual barangan tiruan pelbagai jenama popular tersebut sejak sebulan lalu,” katanya kepada pemberita di stor penyimpanan KPDNHEP Terengganu di Chendering di sini hari ini.

Beliau memberitahu, serbuan tersebut dilakukan oleh enam pegawai penguat kuasa KPDNHEP disertai wakil pemilik cap dagang tersebut.

Katanya, antara jenis barangan tiruan yang dirampas adalah beg tangan wanita, t-shirt dan seluar jeans.

“Kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya