Koperasi disaran ceburi pelaburan dalam syarikat senarai awam - Utusan Malaysia

Koperasi disaran ceburi pelaburan dalam syarikat senarai awam

TENGKU Zafrul Tengku Abdul Aziz bersama Noh Omar menghadiri Program Jelajah Usahawan anjuran Kuskop dekat Bandar Malawati di Kuala Selangor, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Pengusaha koperasi disaran merebut peluang dalam bidang pelaburan melalui pemilikan saham daripada syarikat tersenarai awam sebagai usaha meningkatkan perolehan masing-masing berdasarkan potensi perniagaan dalam sektor tersebut.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sehingga kini sebanyak 90 koperasi berdaftar membuat permohonan pelaburan bernilai RM1.43 bilion kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

“Sebanyak 620 buah koperasi telah menjalankan aktiviti pelaburan saham siar (IPO) dengan jumlah pelaburan sebanyak RM14.31 bilion. Gerakan koperasi juga perlu meneroka model perniagaan koperasi baharu berdasarkan senario semasa bagi memastikan perolehan koperasi terus meningkat.

“Elemen kreativiti dan keupayaan untuk mengolah model perniagaan yang baharu perlu digerakkan oleh koperasi semaksimum mungkin dengan mengambil langkah berani dalam menerokai teknologi hijau seiring dengan peralihan minat masyarakat dunia ketika ini,” katanya ketika berucap merasmikan Program Jelajah Usahawan dan Koperasi anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop), hari ini.

Beliau menambah, gerakan koperasi adalah salah satu growth engine yang menyumbang kepada keluaran dalam negara kasar (KDN) negara yang dapat mentransformasi dan memperkasakan ekonomi masyarakat setempat.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar ketika sidang akhbar memaklumkan Kuskop mencadangkan tujuh dasar baharu untuk dilaksanakan pada tahun hadapan menerusi Bajet 2023.

“Dasar-dasar baru untuk kita mendekati golongan usahawan termasuklah terdiri daripada graduan dan kumpulan lain, jadi dengan itu kita kemukakan kepada Kementerian Kewangan.

“Cuma saya tak pasti, sama ada lulus atau tidak, saya sendiri pun menunggu ucapan belanjawan. Tetapi memang saya katakan Kuskop membuat pendekatan baharu supaya kita dapat memberikan bantuan kepada semua lapisan usahawan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya