KUALA NERUS: Bekas pemimpin Pas, Datuk Mohd. Khairuddin Aman Razali menegaskan beliau masih mempertimbang tawaran daripada beberapa parti politik untuk diwakilinya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang. Beliau berkata, tawaran tersebut mula diterimanya sejak mengumumkan berhenti daripada Pas pada Mac lalu. Bagaimanapun menurutnya, beliau tidak mahu mendedahkan parti-parti politik terlibat yang masih dalam proses pertimbangan kerana mempunyai prinsip tersendiri memilih platform terbaik. “Buat masa ini, saya masih belum memuktamadkan lagi langkah seterusnya untuk PRU15, tumpuan adalah berkhidmat kepada rakyat kerana itu amanah dan tanggungjawab saya sebagai Ahli…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya