Ketua Penerangan UMNO Kota Melaka meninggal dunia

Ketua Penerangan UMNO Kota Melaka meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kota Melaka, Datuk Ashakari Abu Noor, 58, meninggal dunia di sini hari ini.

Perkara itu dikongsikan Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dalam kenyataan di laman sosial Facebooknya.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.

“Saya merakamkan salam takziah buat seluruh ahli keluarga di atas kepulangan ke rahmatullah.

“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman,” kata Abdul Razak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri.

Dalam pada itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, pemergian Allahyarham disifatkan sebagai kehilangan besar buat negeri ini.

Beliau berkata, Allahyarham juga terkenal sebagai insan yang memiliki semangat juang dan berwawasan tinggi.

“Secara peribadi, saya kehilangan seorang rakan perjuangan dan sahabat baik yang setia, ceria dan cukup dekat di hati saya.

“Pemergian Allahyarham bukan sahaja dirasai oleh kepemimpinan parti dan masyarakat, namun saya percaya ia turut ditangisi oleh warga Duyong yang cukup disayangi Allahyarham hingga ke akhir hayatnya,” katanya.

Ashakari sebelum ini pernah menjawat jawatan Setiausaha Khas Perhubungan kepada Ketua Menteri Melaka.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya