PETALING JAYA: Sebanyak 8.52 juta pekerja swasta menerima kenaikan gaji yang kecil tahun ini iaitu sekitar 0.06 dan 0.23 peratus ekoran majikan mengambil langkah berjaga-jaga kerana ketidaktentuan prospek ekonomi semasa meskipun Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2022 dijangka terus berkembang. Berdasarkan unjuran dikeluarkan Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), kenaikan gaji pekerja swasta tahun ini iaitu 4.17 peratus (bukan eksekutif) dan 4.37 peratus (eksekutif) iaitu lebih rendah berbanding 2021 yang merekodkan 4.40 peratus (bukan eksekutif) dan 4.43 peratus (eksekutif). Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, secara umumnya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya