Kena percaya diri, jangan merungut - Alyah - Utusan Malaysia

Kena percaya diri, jangan merungut – Alyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Datin Alyah menasihatkan bakat baharu dalam industri seni suara untuk terus percaya diri dan berusaha mengejar impian, biarpun mengambil masa yang lama.

Kongsi Alyah, dia melalui pelbagai fasa dalam perjalanan untuk mencapai kejayaan dan sebagai seorang yang mencintai dunia seni, dia tidak boleh cepat mengalah hanya kerana berdepan kegagalan.

“Kita tahu, ini semua proses. Kita kena percaya diri, selain tahu kemampuan dan bakat. Belum tentu kalau kita berjaya muncul juara pertandingan, populariti dan kejayaan terus bergolek datang.

“Satu lagi, jangan merungut. Kadang-kadang, ada bakat baharu yang suka merungut dan meluahkannya di media sosial.

“Kita kena cermin diri. Tahu diri sendiri. Tuhan sudah susun apa yang terbaik untuk kita,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, Alyah berkata, dia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk berundur dari dunia seni dan mahu menceburkan diri dalam bidang lakonan pula.

“Bersara? Tidak sama sekali. Tetapi, kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Kalau boleh saya teringin buat konsert solo.

“Saya juga mahu mencuba berlakon pula. Kalau boleh mahu cuba telefilem atau filem. Mana tahu, ada rezeki,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya