Kemangkatan Ratu Elizabeth II: Perak kibar bendera separuh tiang mulai esok - Utusan Malaysia

Kemangkatan Ratu Elizabeth II: Perak kibar bendera separuh tiang mulai esok

RATU Elizabeth mangkat di Scotland. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kerajaan Perak hari ini mengumumkan kibaran bendera separuh tiang selama tiga hari bermula esok sempena kemangkatan Pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan perkara itu atas semangat menghargai hubungan Ratu Elizabeth II dengan Istana dan Negeri Perak Darul Ridzuan, di samping menzahirkan rasa dukacita atas kemangkatan baginda.

Setiausaha Kerajaan Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahman dalam kenyataannya hari ini berkata, sebagai menjunjung titah tersebut, bendera Negeri Perak hendaklah dikibarkan separuh tiang bermula esok sehingga selesai istiadat pemakaman Ratu Elizabeth II pada hari Isnin ini.

Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun selepas dilaporkan menghidap ‘episodic mobility problems’, sejak hujung tahun lalu.

Baginda mangkat di Istana Balmoral, Scotland, pada 8 September lalu selepas 70 tahun memegang takhta.

Putera tertua dalam kalangan empat anak baginda, Putera Charles, 73, dilaporkan secara langsung menaiki takhta sebagai Raja, dan melakar sejarah sebagai pewaris takhta tertua dalam sejarah Britain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya