Kekerapan feri Langkawi ditingkat - Utusan Malaysia

Kekerapan feri Langkawi ditingkat

PENGUNJUNG mengambil kesempatan bercuti ke Pulau Langkawi sempena musim cuti persekolahan di terminal feri Kuala Perlis, baru-baru ini. – UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Hanya dalam tempoh empat hari hingga kelmarin, seramai 53, 868 pengunjung direkodkan menggunakan perkhid­matan feri dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi bersempena cuti persekolahan ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn. Bhd., Kapten Baharin Baharom berkata, ekoran kehadiran pelancong yang ramai itu, kekerapan perjalanan juga ditingkatkan iaitu antara 21 hingga 24 feri pada setiap hari bergantung kepada permintaan.

Dalam masa sama, beliau juga menasihatkan orang ramai membuat pembelian tiket secara dalam talian bagi membolehkan mereka merancang perjalanan sebaiknya.

“Kami ada juga menyediakan pembelian tiket di kaunter seperti kebiasaan namun untuk perjalanan lebih terancang, pengguna dinasihatkan untuk membuat pembelian tiket secara dalam talian.

“Kita juga akan menambah kekerapan feri bergantung kepada permintaan pengunjung pada musim cuti sekolah ini,” katanya.

Tambah Baharin, sebelum ini terdapat juga permintaan agar pihak operator feri menyediakan perkhidmatan berkenaan pada waktu malam bagi memudahkan pengguna untuk ke Pulau Langkawi.

Namun begitu katanya, pelaksanaan tersebut dilihat tidak bersesuaian berikutan keadaan paras air yang rendah di bawah 1.6 meter.

“Feri tidak dapat berlabuh sekiranya paras air terlalu cetek dan disebabkan itu pelaksanaan tersebut tidak bersesuaian dilakukan pada waktu malam,” katanya.

Sementara itu, mengulas me­ngenai sambutan diterima menerusi operasi perkhidmatan feri yang bermula seawal pukul 4.30 pagi pada Isnin lalu, jelasnya, inisiatif itu dilihat tidak mendapat sambutan daripada pengunjung yang ingin ke pulau berkenaan.

Katanya, pihaknya menyediakan perkhidmatan feri dengan kapasiti 415 tempat duduk buat penumpang bagi pelaksanaan itu namun hanya 269 tiket yang direkodkan terjual. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya