Kami yakin atuk kuat - Cucu M. Daud Kilau - Utusan Malaysia

Kami yakin atuk kuat – Cucu M. Daud Kilau

KEADAAN M. Daud Kilau yang dirawat kerana masalah paru-paru berair di Hospital Teluk Intan hari ini. - UTUSAN/IHSAN KELUARGA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: ‘Kami yakin atuk kuat dan boleh lawan’.

Demikian keyakinan cucu Datuk M. Daud Kilau yang berharap penyanyi veteran itu dapat pulih selepas dilaporkan berada dalam keadaan kritikal akibat masalah paru-paru berair dan kini dirawat di Hospital Teluk Intan di sini sejak malam tadi.

Norhasliana Hassan, 32, yang merupakan cucu pertama penyanyi veteran itu berkata, dia terkejut dengan keadaan datuknya yang disahkan mengalami paru-paru berair secara tiba-tiba semalam.

Menurutnya, datuknya itu memang tidak sihat kerana masalah jantung namun tidak menyangka mengalami paru-paru berair.

Katanya, keadaan datuknya menunjukkan sedikit perubahan lebih baik pagi ini walaupun tidak mencapai tahap pemulihan eperti yang diharapkan oleh doktor selepas dimasukkan ke bahagian kecemasan semalam sehingga menggunakan alat bantuan pernafasan.

“Setakat pagi ini, atuk masih belum sedar. Apa yang menakutkan kami ialah doktor telah memberikan dua pilihan kepada kami jika keadaan atuk semakin teruk iaitu atuk ditidurkan atau CPR (proses bantuan pernafasan). Kami buat keputusan tidak benarkan atuk ditidurkan, kami yakin atuk kuat dan boleh lawan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, keadaan datuknya pagi ini semakin baik walaupun tidak mencapai tahap pemulihan seperti yang diharapkan oleh doktor.

Katanya, datuknya masih bernafas menggunakan alat bantuan pernafasan.

“Apabila bacaan oksigen dan paru-paru atuk sudah okey, barulah doktor akan bagi sikit-sikit minum dan makan. Setakat ini doktor belum dapat pastikan punca atuk mengalami paru-paru berair.  

“Kita tahu memang atuk tak sihat, tetapi kami terkejut kerana tiba-tiba dia sesak nafas dan ada masalah paru-paru berair, sebelum ini atuk memang menghidap sakit jantung dan kencing manis,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya