JPS Negeri Sembilan bina, naik taraf 7 skim pengairan sawah padi

JPS Negeri Sembilan bina, naik taraf tujuh skim pengairan sawah padi

AMINUDDIN Harun (tiga dari kiri) dan Saari Abdullah (kanan) mengoca ikan pada program Pesta Tarik Tali Ngoca sempena Sambutan Hari Air Sedunia 2022 Peringkat Negeri Sembilan di Tapak Ngoca, Perkampungan Budaya Terachi, Kuala Pilah hari ini. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Sebanyak tujuh skim pengairan bagi tujuan penanaman padi yang berada di bawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sembilan kini dalam proses pelaksanaan pembinaan dan menaik taraf.

Pengarah JPS negeri, Ir. Saari Abdullah berkata, projek menerusi peruntukan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan itu bertujuan memastikan jaminan makanan negara itu sentiasa terpelihara.

“Skim Terachi antara yang diberi perhatian daripada keseluruhan skim-skim pengairan padi di Negeri Sembilan. Terdapat 14 skim pengairan kecil dengan keluasan 2,065 hektar di Negeri Sembilan yang mana terdapat 12 skim pengairan masih aktif dengan aktiviti penanaman padi. 

“Ketika ini, tujuh skim pengairan yang berada di bawah seliaan JPS negeri sedang dalam pelaksanaan pembinaan bagi menaik taraf infrastruktur pengairan termasuk Skim Pengairan Terachi Batu 14 di mana terletaknya lokasi Tapak Ngoca, Perkampungan Budaya Terachi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Pesta Tarik Tali Ngoca sempena Sambutan Hari Sungai Sedunia 2022 Peringkat Negeri Sembilan di Tapak Ngoca, Perkampungan Budaya Terachi di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Sementara itu, Saari berkata, Pesta Tarik Tali Ngoca itu diadakan bagi mengimbau nostalgia aktiviti tradisional ‘mengoca’ iaitu menangkap ikan menggunakan tangan di sawah padi yang sinonim dengan penduduk di daerah ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya