Johor yakin terajui sektor pelancongan negara

Johor yakin terajui sektor pelancongan negara

SUHAIRI HASHIM (berdiri tiga kanan) mengiringi Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada majlis perasmian FMJ 2022 di Puteri Harbour, Iskandar Puteri, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Johor yakin akan terus menjadi destinasi pelancong utama negara pada fasa endemik, khususnya selepas berjaya merekodkan jumlah pelancong domestik paling ramai pada tahun 2021.

Pengarah Tourism Johor, Suhairi Hashim berkata, pihaknya komited mengekalkan rekod positif itu dalam menarik kehadiran lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa.

“Kami mahu mengekalkan kedudukan nombor satu sebagai merekodkan jumlah pelancong domestik tertinggi dalam kalangan negeri lain di Malaysia,” katanya di sini.

Berdasarkan Jabatan Pera­ngkaan Malaysia, Johor mencatatkan ketibaan seramai 1.8 juta pelancong domestik tahun lepas, meletakkannya pada kedudukan teratas dalam negara, diikuti Perak dengan 1.4 juta pelancong domestik manakala tempat ketiga, Pahang (1.3 juta); Negeri Sembilan (1.2 juta) dan Selangor (1.2 juta).

“Kerajaan negeri menerusi Tourism Johor mendapat kerjasama baik daripada semua pihak berkepentingan yang mahu melihat industri pelancongan kita kembali rancak se­perti sebelum wabak itu.

“Walau bagaimanapun, kesan Covid-19 masih dapat dilihat dengan banyak lot kedai di dalam beberapa pusat beli-belah di sekitar bandar raya Johor Bahru, khususnya masih kosong.

“Semoga dengan pulihnya sektor ekonomi negara, lot-lot kedai kosong ini dapat kembali disewa, sekali gus menarik kehadiran lebih ramai pelancong untuk membeli-belah di negeri ini,” katanya.

Menurutnya, penganjuran acara berskala besar seperti Festival Majestic Johor 2022 mampu mengukuhkan lagi kedudukan negeri ini sebagai peneraju destinasi pelancongan dalam negara.

“Festival yang bermula sejak 8 hingga 18 September itu mempamerkan pelbagai produk pelancongan Johor n Singapura juga merupakan satu kelebihan kerana membantu menarik lebih ramai pelancong dari republik berkenaan. “Singapura mempunyai ruang yang terhad dan kebanyakan pelancong asing kita limpahan dari seberang,’’ ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya