PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,904 kes berbanding kelmarin, 2,244 kes sekali gus diatasi 3,138 kes sembuh.
Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my hari ini, Selangor terus menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 671 kes diikuti Kuala Lumpur (328), Sabah (167) dan Perak (165).
Bagi negeri catat bawah 100 kes iaitu Negeri Sembilan (87), Melaka (84), Pinang Pinang (77), Johor (70), Sarawak (68), Kedah (50), Pahang (44), Kelantan (42), Terengganu (21), Putrajaya (18) manakala Perlis, 10 kes dan Labuan, dua kes.
Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 386 orang berbanding kelmarin, 421 orang. Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 73 kes berbanding jumlah kelmarin, 75 kes.
Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 36 kes berbanding jumlah kelmarin, 40 kes. Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 23 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,068 kluster.
Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan dua kes berbanding jumlah kelmarin, sembilan kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,245 kes. Tiada kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,704 kes. – UTUSAN