Jambatan Palekbang dibina hujung tahun ini

Jambatan Palekbang dibina hujung tahun ini

ISMAIL Sabri Yaakob semasa menyampaikan ucapan semasa merasmikan Majlis Perasmian Laman Warisan Kampung Laut, Tumpat, Kelantan, hari ini. - FOTO/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Pembinaan Jambatan Palekbang di sini yang ‘tertangguh’ selama 26 tahun lalu akan dimulakan hujung tahun ini.

Berita gembira itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa berucap merasmikan Majlis Perasmian Laman Warisan Kampung Laut, di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, pengambilan tanah untuk pembangunan projek telah hampir selesai dan pelantikan kontraktor untuk pembinaan jambatan tersebut akan dimuktamadkan sebelum akhir tahun ini.

Menurutnya, pembinaan jambatan tersebut akan menyelesaikan masalah aliran trafik di Jajahan Kota Bharu yang sangat meruncing terutamanya semasa musim perayaan dan cuti sekolah.

“Pada masa yang sama, projek ini meningkatkan daya tarikan Kampung Laut sebagai destinasi wajib singgah.

“Inilah komitmen berterusan kerajaan Persekutuan untuk memastikan pembangunan seimbang dinikmati oleh rakyat negeri ini selaras dengan aspirasi Keluarga Malaysia,” katanya.

Jambatan Palekbang merupakan projek di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dengan kos RM250 juta.

Rancangan untuk membina Jambatan Palekbang-Kota Bharu sejak 1996, bertujuan untuk menyuraikan kesesakan lalu lintas setiap kali musim perayaan terutamanya di kawasan Tumpat dan Kota Bharu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya