Jambatan Angkat Kuala Terengganu dirasmikan

Jambatan Angkat Kuala Terengganu dirasmikan

JAMBATAN Angkat Kuala Terengganu yang dirasmikan Sultan Mizan Zainal Abidin diserikan dengan limpahan cahaya bunga api dan pertunjukan laser di Kuala Terengganu, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Jambatan Angkat Kuala Terengganu di sini yang dibuka untuk kegunaan awam pada Ogos 2019 dirasmikan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi.

Perasmian jambatan ikonik itu bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-60 Keputeraan baginda.

Turut berkenan berangkat pada upacara itu Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah serta Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin.

Keberangkatan tiba baginda disambut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, Toh Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab. Rahman serta barisan ahli Exco yang lain.

Sultan Mizan kemudiannya berkenan bertitah dengan mengisytiharkan dan merasmikan jambatan itu untuk dikenali sebagai Jambatan Angkat Kuala Terengganu.

Terdahulu, Ahmad Samsuri dalam ucapannya berkata, kerja-kerja pembinaan jambatan tersebut telah bermula pada bulan Ogos 2014 dan berjaya disiapkan pada Ogos 2019. 

Menurutnya, projek yang menelan belanja sebanyak RM249 juta itu terdiri daripada struktur jambatan sepanjang 838 meter, empat struktur menara serta dua skybridge yang merupakan jambatan pertama di Asia Tenggara dengan reka bentuk tersebut. 

Katanya, kerajaan negeri merakamkan penghargaan atas sumbangan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dalam merancang dan melaksanakan projek tersebut.

“Kerajaan negeri percaya pelaksanaan projek ini telah memberikan impak yang besar kepada pembangunan negeri. Jambatan ikonik ini telah menjadi produk baharu sektor pelancongan yang menjadi tarikan pelancong untuk datang ke Negeri Terengganu,” katanya.

Sehingga Julai 2022, seramai 379,900 pengunjung telah direkodkan hadir ke jambatan ikonik berkenaan.

Pada tahun 2019, jambatan itu telah dinobatkan untuk merangkul

Anugerah Ikon Pelancongan Baharu Terbaik pada acara Anugerah Emas Majlis Pelancongan Malaysia 2019 yang diadakan di Selangor.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya