HULU TERENGGANU: Seorang isteri yang mengalami masalah kesihatan cekal mencari rezeki bersama suaminya yang cacat penglihatan dengan berniaga aiskrim di sekitar Bandar Kuala Berang di sini sejak empat tahun lalu.
Wan Roslina Wan Abdul Manan, 49, bersama suami, Zanah Ismail, 62, dari Kampung Lebak di sini memperoleh pendapatan tidak menentu antara RM10 hingga RM100 sehari bergantung kepada keadaan cuaca.
Menurut Wan Roslina, mereka mula berkecimpung dalam pembuatan aiskrim setelah menyertai kursus di Kuala Lumpur sekitar 2014 dan terlebih dahulu menjual aiskrim di Pangsapuri Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kota Damansara, Selangor.
“Setelah mengambil keputusan pulang ke kampung saya di daerah ini, kami meneruskan perniagaan aiskrim Ina Mithali di sekitar Bandar Kuala Berang bermula 2018.
Selain di KB Street, saya dan suami juga berniaga ketika adanya karnival atau program tertentu.
“Walaupun hasil jualan tidak menentu, namun, kami bersyukur kerana masih ada sumber rezeki.
Tambah Wan Roslina, harga aiskrim dijualnya bermula RM2 hingga RM3.50 setiap satu dengan pelbagai jenis perisa seperti coklat, vanilla dan strawberi. – UTUSAN