Henti debat isu rasuah bukan Islam - Muhyiddin - Utusan Malaysia

Henti debat isu rasuah bukan Islam – Muhyiddin

Muhyiddin Yassin (kiri) bersalam dengan Abdul Hadi Awang pada majlis perasmian Muktamar Tahunan Pas di Alor Setar, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Tuduhan terhadap masyarakat bukan Islam dan bukan bumiputera sebagai antara punca kepada gejala rasuah dalam negara ini tidak perlu dipolemikkan kerana jenayah itu sudah berleluasa di negara ini tanpa batas bangsa.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jenayah itu berlaku dalam kalangan orang Islam dan bukan Islam.

“Rasuah sudah agak lama berleluasa. Orang yang bukan Islam pun ada melakukan rasuah, yang Islam pun melakukan rasuah.

“Saya fikir tidak harus apa orang kata kita debatkan, apa yang ditinggal itulah yang sedang berlaku,” katanya kepada pemberita selepas hadir sebagai tetamu pada Muktamar Tahunan Pas ke-68 di Kompleks Pas Kedah di sini, hari ini.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebelum ini menegaskan, usaha menangani penyakit rasuah wajib dilakukan secara holistik supaya tidak menjadi wabak apabila diambil tindakan yang tidak menyeluruh sehingga ke akar umbinya khususnya terhadap mereka yang menjadi punca rasuah kerana mengejar harta secara haram.

“Sehinggakan, dalam kalangan mereka itulah yang menguasai ekonomi negara lalu menggunakannya bagi merosakkan politik, urusan pentadbiran dan kehakiman. Malah, mereka juga golongan yang paling besar merosakkan politik dan ekonomi negara, majoritinya daripada kalangan bukan Islam dan bukan bumiputera,” katanya.

Akhbar turut melaporkan, polis sudah membuka kertas siasatan terhadap Presiden Pas itu susulan kenyataannya yang mendakwa komuniti bukan Islam dan bukan bumiputera adalah golongan paling banyak terbabit rasuah.

Muhyiddin menambah, PN mengambil satu pendirian tegas dan berpendirian kuat untuk menentang salah guna kuasa, rasuah, penyelewengan dan pelbagai perkara lain yang sudah diputuskan sejak awal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya