Henti boikot calon sendiri - Ketua Pemuda Pas

Henti boikot calon sendiri – Ketua Pemuda Pas

AHMAD FADHLI SHAARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Ahli dan penyokong Pas digesa menghentikan tindakan memboikot calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan parti pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, tindakan boikot memberi kesan cukup besar sehingga menyebabkan Pas tewas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor.

Justeru, katanya, perkara itu tidak boleh berulang pada PRU15.

“Jika calon diumumkan, haram rombongan ‘Mak Cik Kiah’ dan ‘Pak Samad’ berarak ke Rusila dan Jalan Raja Laut kerana soal calon diputuskan parti, maka taat apa yang diputuskan. Kita dukacita apa yang berlaku di PRN, hanya satu kerusi di Melaka dan Johor yang jelas tak menang kerana boikot oleh jentera parti.

“Saya nak tanya mereka yang boikot, apa perasaan kamu, tak bersalahkah kamu hingga menyebabkan kekalahan parti? Kita tidak runsing kalau yang boikot itu orang luar atau pengundi biasa tapi keputusan PRN lalu jelas kerana boikot dan tak puas hati soal calon,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan Muktamar Tahunan Pas Ke-68 di Kompleks Pas Kedah, di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau meminta jentera parti menggerakkan usaha untuk menarik pengundi parti lain di kawasan yang tidak dikuasai oleh Pas.

“Pengundi Pakatan Harapan (PH) di tempat yang kalau undi parti dia pun tak menang, kita ajak mereka menimbang antara Pas dan UMNO. Sudah tentulah yang memberi mudarat kepada negara adalah UMNO, maka undilah Pas.

“Begitu juga seandainya berlaku pertembungan antara mana-mana kerusi, kalau dia undi UMNO yang menang pun PH, maka bagilah pertimbangan kepada Pas supaya menang PRU15,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya