Helah jadi pelanggan sebelum larikan tabung derma anak yatim

Helah jadi pelanggan sebelum larikan tabung derma anak yatim

TANGKAP layar daripada rakaman video menunjukkan seorang lelaki melarikan tabung derma anak yatim di Kampung Alor Tempoyak, Dungun, Terengganu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang lelaki menggunakan helah berpura-pura menjadi pelanggan, sebelum melarikan dua tabung derma anak yatim di sebuah kedai kotak dalam kejadian di Kampung Alor Tempoyak di sini, semalam.

Dalam kejadian pada pukul 11 pagi itu, lelaki berusia lingkungan 30-an tersebut membuat pesanan mahu membeli bubur ayam, sebelum melarikan tabung yang diletakkan di atas meja di luar kiosk tersebut.

Pembantu kedai, Zaharah Yusuf, 43, berkata, lelaki itu melarikan dua daripada tiga tabung yang diletak atas meja.

Menurutnya, lelaki yang tidak dikenali itu memecut laju motosikal yang ditunggangnya bersendirian.  

“Kejadian berlaku sekelip mata dan saya tak mampu buat apa-apa dengan hanya mampu menjerit, namun dia dah pecut laju motosikalnya,” katanya ketika ditemui di premis tersebut, di sini, hari ini. 

Zaharah berkata, dia kesal berikutan tabung tersebut adalah tabung bantuan anak-anak yatim yang sepatutnya disalurkan kepada mereka yang memerlukan bantuan. 

“Anggaran kerugian dalam kejadian itu dianggarkan RM400,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya