Hannah cadang Khairy bertanding Putrajaya - Utusan Malaysia

Hannah cadang Khairy bertanding Putrajaya

HANNAH YEOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas Seremban, seorang pemimpin DAP, Hannah Yeoh pula mencadangkan agar Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bertanding di kerusi Parlimen Putrajaya.

Ahli Parlimen Segambut itu mengemukakan cadangan itu selepas Khairy dilaporkan mengakui bakal berpindah dari Parlimen Rembau selepas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berhasrat untuk bertanding di situ.

“KJ (Khairy Jamaluddin) patut bertanding di Putrajaya,” katanya dalam ciapan beliau semalam.

Namun cadangan Hannah itu mengundang kritikan orang ramai khususnya penyokong UMNO yang meminta beliau agar tidak mencampuri urusan dalaman parti.

Semalam, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban, Zool Amali Hussin mengalu-alukan Khairy bertanding di Parlimen Seremban pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pelawaan itu ekoran Khairy dalam satu program di ibu negara dilaporkan mengakui bakal ‘berpindah’ dari Parlimen Rembau selepas Mohamad atau Tok Mat berhasat untuk bertanding di situ.

Parlimen Putrajaya kini disandang Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan beliau berada di kerusi itu sejak 2004.

Bagaimanapun, bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu dikatakan akan mempertahankan kerusi Parlimen Putrajaya bagi mewakili BN sekali gus bakal berentap dengan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin yang dikhabarkan akan dipertaruhkan oleh Perikatan Nasional (PN). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya