Hampir tercekik, Shila Amzah terpaksa buang gula-gula atas pentas - Utusan Malaysia

Hampir tercekik, Shila Amzah terpaksa buang gula-gula atas pentas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Shila Amzah mendedahkan dia hampir tercekik ketika membuat persembahan sehingga terpaksa membuang gula-gula dari mulutnya ketika menjayakan Konsert Merdeka 65 yang disiarkan di TV2, Selasa lalu.

“Saya akui, memang silap saya membuang gula-gula di atas pentas. Tetapi sebenarnya, ketika sedang ‘adlib’, saya rasa terganggu kerana hampir tercekik. Saya fikir hendak telan gula-gula itu, tetapi takut tersekat.

“Saya risau pernafasan terganggu, jadi saya terpaksa buang juga juga-gula itu,” kongsinya ketika ditemui di sidang media pengumuman calon akhir Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-23 yang bakal berlangsung 11 September depan.

Aksi penyanyi Khilaf Asmara itu membuang gula-gula dari mulut di pentas mengundang kecaman warganet yang menyifatkan penyanyi tersebut sebagai pengotor.

Dalam pada itu, Shila menjelaskan, dia sebenarnya kurang sihat ketika membuat persembahan tempoh hari dan sudah menjadi tabiatnya mengunyah gula-gula berangin bagi menyejukkan tekak.

“Selalunya, saya buang gula-gula dulu sebelum melakukan persembahan. Tetapi pada hari itu, saya kurang sihat dan baru mengambil ubat batuk serta selesema menyebabkan fikiran terganggu sehingga lupa,” ujarnya.

Sementara itu, jelas Shila, dia akan lebih berhati-hati dalam menjaga tingkah laku di atas pentas supaya tidak mengulangi kesilapan sama.

“Saya pernah melakukan kesilapan sama di atas pentas Anugerah Juara Lagu (AJL), awal tahun ini. Sejak insiden itu, saya lebih berhati-hati. Takut mengulangi perbuatan itu.

“Tetapi, bila terjadi lagi sekali dan tular pula, saya tidak boleh buat apa-apa. Mungkin itu hiburan untuk peminat, nak cakap apa pun, cakaplah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya