GV9: Pertarungan sengit juara antara juara - Utusan Malaysia

GV9: Pertarungan sengit juara antara juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pentas Gegar Gavanza (GV) kesembilan bakal menyaksikan pertarungan sengit penyanyi yang pernah bergelar juara dalam pelbagai program realiti antaranya Jaclyn Victor (Malaysia Idol), Tomok (One In A Million, Shila Amzah (The Masked Singer) dan juara My Starz LG musim ketiga, Tom.

Mereka merupakan antara 13 peserta tersenarai bakal merebut kejuaraan edisi kesembilan itu yang memulakan siaran pada 18 September ini.

Selain Jaclyn, Tom and Shila, peserta solo wanita lain ialah Dina Nadzir, Pat Candy dan Haida Hasnan, manakala peserta lelaki solo pula dibarisi Roy Kapilla, Hazrul Nizam, Bob Yusof, Asheed Def-Gab-C.

Tahun ini, penyanyi kelahiran Singapura, Fuad Rahman pula mempertaruhkan bakat manakala kumpulan popular VE yang dianggotai Zaf, Cham, Adeeb dan Hakim sebagai peserta berkumpulan.

Edisi kali ini masih mengekalkan formal asal penjurian diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100 peratus daripada barisan juri profesional.

Barisan juri tetap terdiri daripada maestro muzik tersohor, Datuk Ramli MS, penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang dan guru vokal berpengalaman, Datuk Syafinaz Selamat.

Edisi kali ini masih mengekalkan Nabil Ahmad sebagai pengacara, manakala tempat Jihan Muse yang baru sahaja melahirkan anak diambil alih penyanyi dan pelakon popular, Elly Mazlein.

Konsert mingguan GV9 akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selama 10 minggu.

Juara GV9 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya