Guru, murid berpadu tenaga jayakan Jalur Gemilang gergasi - Utusan Malaysia

Guru, murid berpadu tenaga jayakan Jalur Gemilang gergasi

SEBAHAGIAN warga SK Kampung Raja, Pasir Puteh, Kelantan berpadu tenaga menjayakan perarakan Jalur Gemilang sepanjang 17 meter sempena penutup sambutan Bulan Kemerdekaan semalam. - UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Seramai 236 warga Sekolah Kebangsaan Kampung Raja di sini yang terdiri daripada murid, guru dan kakitangan berpadu tenaga menjayakan perarakan Jalur Gemilang sepanjang 17 meter sempena penutup sambutan Bulan Kemerdekaan semalam.

Perarakan sejauh satu kilometer melalui kawasan kampung itu berakhir balai bersejarah Tok Janggut di Kampung Nering.

Guru Besar, Wan Norhabani Wan Yusof berkata, seluruh warga pendidik, kakitangan dan pelajar mengambil masa seminggu untuk menyiapkan Jalur Gemilang itu secara bergotong-royong dengan memanfaatkan masa terluang pada waktu petang.

Menurutnya, program tersebut bertujuan menyuntik semangat patriotisme dalam kalangan warga sekolah.

“Pada masa yang sama, kita turut mengajak penduduk setempat khususnya di Kampung Nering dan persekitaran mukim Jeram untuk menghayati semangat kemerdekaan. Hal ini bertepatan kerana, kawasan tersebut adalah tempat kelahiran pejuang tanah air Tok Janggut,” katanya.

Wan Norhabani memberitahu, perarakan kali pertama itu turut mendapat kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Katanya, warga SK Kampung Raja berhasrat menjadikan perkara tersebut sebagai acara tahunan untuk mengingati perjuangan Tok Janggut.

“Program ini juga merupakan sebahagian daripada Sambutan Hari Malaysia,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya