Gerakan dalam 'gear' akhir hadapi PRU15 - Utusan Malaysia

Gerakan dalam ‘gear’ akhir hadapi PRU15

DOMINIC Lau Hoe Chai (tengah) dalam sidang akhbar mengenai persediaan PRU15 di Ibu pejabat Parti Gerakan Pulau Pinang, di George Town hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) kini memasuki ‘gear’ akhir dari segi persiapan parti dan calon untuk berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presidennya, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, parti itu membuat persiapan bagi menghadapi PRU15 secara berperingkat sejak tahun lalu dan kini berada pada fasa terakhir menanti Parlimen dibubarkan.

“Kalau dikira dari segi ‘gear’, kita berada dalam ‘gear’ terakhir untuk bersiap sedia menghadapi PRU15. Kalau bukan tahun ini, pilihan raya mungkin diadakan awal tahun depan, bacaan kita setakat ini mungkin Oktober ini Parlimen dibubarkan dan selepas itu pilihan raya,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Parti Gerakan Pulau Pinang di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong.

Menurut Dominic, kesemua calon yang bakal bertanding mewakili Gerakan termasuk di Pulau Pinang juga sudah dikenal pasti.

”Kita juga telah laksanakan sesi temu bual bakal calon yang kita rasakan layak mewakili Gerakan bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN). Namun, keputusan akhir siapa yang akan menjadi calon akan diputuskan dan diumumkan kemudian kerana sesi perbincangan antara rakan komponen kita masih berlangsung,” katanya.

Tambahnya, Gerakan juga akan memberi peluang kepada calon yang pernah bertanding untuk bertanding sekali lagi dalam PRU15 kali ini dengan syarat mereka mempunyai ciri-ciri calon yang Gerakan mahukan.

”Ciri-ciri calon yang kita mahukan ialah calon yang boleh menang, boleh diterima masyarakat dan mampu untuk membela rakyat,” katanya.

Dalam pada itu Tong Keong berkata, Gerakan Pulau Pinang bakal meletakkan calon di lebih 13 kerusi DUN dan lebih empat kerusi Parlimen.

“Wakil calon Gerakan akan memperjuangan isu-isu yang dekat di hati rakyat Pulau Pinang antaranya melibatkan isu perumahan, banjir yang sering berlaku dan lain-lain isu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya