Geng masjid lawan bola

Geng masjid lawan bola

ANTARA aksi dalam Pertandingan Bola Merdeka Otai As-Sobirin di padang futsal Jalan Melor 1/3, SBCR, Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor kelmarin. -UTUSAN/MOHD. RADZI MOHD. ZIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Pelbagai cara dilakukan untuk memupuk perpaduan dan kekeluargaan. Antaranya melalui pertandingan bola sepak tujuh sebelah yang dianjurkan sempena cuti umum Hari Kebangsaan 2022 kelmarin.

Pertandingan Bola Merdeka Otai As-Sobirin yang diadakan buat julung kalinya untuk komuniti masyarakat Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan 12 pasukan.

Pengerusi penganjur, Ahmad Fakhruddin Husain berkata, syarat utama adalah pemain mesti berumur 40 tahun dan ke atas dan mewakili surau atau masjid sekitar Saujana Utama.

Johan pertandingan dimenangi oleh pasukan My SU diikuti oleh Surau Denai Alam dan tempat ketiga, Maju Ahmad B (Surau al-Hidayah).

Johan menerima piala pusingan, medal dan wang tunai RM150, naib johan menerima medal dan wang tunai RM100 manakala tempat ketiga, menerima medal dan wang tunai RM50.

WAN Ismail Hashim (empat dari kiri) bersama pasukan Masjid An-Nur dalam Pertandingan Bola Merdeka Otai As-Sobirin di padang futsal Jalan Melor 1/3, SBCR, Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor kelmarin.

Sementara itu, Pengurus Pasukan Bola Merdeka Masjid An-Nur, Wan Ismail Hashim berkata,  walaupun tidak berjaya ke perlawanan akhir, komitmen dan semangat para pemain patut dipuji.

“Kebanyakannya tak sempat berlatih namun yang lebih penting adalah pertandingan ini memupuk budaya sihat dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama penduduk,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya