Gangguan seksual: Pelakon remaja diminta buat laporan polis

Gangguan seksual: Pelakon remaja diminta buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis akan mengambil keterangan seorang pelakon remaja dalam masa terdekat berhubung pendedahannya pernah menjadi mangsa gangguan seksual bapa ketika berusia lima tahun.

Satu sumber memberitahu Utusan Malaysia, selain pelakon remaja berkenaan, turut dipanggil adalah produser laman sosial laman Youtube yang terlibat dalam pendedahan berkenaan.

Kata sumber itu, keterangan empunya diri (pelakon berkenaan) perlu diambil bagi memastikan perkara sebenar yang berlaku.

“Jika benar apa yang didedahkan berlaku, dia dinasihatkan membuat laporan polis mengenai perkara itu,” katanya di sini, semalam.

Katanya, meskipun dakwaan gangguan seksual berkenaan telah lama berlaku, siasatan masih boleh dijalankan.

Kata sumber itu, setakat ini, tiada laporan rasmi diterima PDRM mengenai dakwaan tersebut.

“Siasatan bila-bila sahaja boleh dilakukan walaupun kes dah lama. Tindakan boleh diambil di bawah Akta Kanak-Kanak 2001,” ujarnya.

Sejak kelmarin tular menerusi satu temu bual yang memaparkan kisah seorang pelakon membuat pendedahan mengejutkan mengenai sikap sebenar bapanya.

Artis wanita yang dikenali sejak berjinak dalam dunia lakonan sejak berusia lima tahun itu mendakwa sering menjadi mangsa gangguan seksual oleh bapa kandungnya sendiri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya