Floria Diraja Putrajaya 2022 disambung dua hari lagi - Utusan Malaysia

Floria Diraja Putrajaya 2022 disambung dua hari lagi

TUNKU Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melawat pameran Floria Diraja Putrajaya 2022 di Putrajaya selepas merasmikan pada 29 Ogos lalu. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perbadanan Putrajaya (PPj) memutuskan untuk melanjutkan penganjuran Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya (Floria Diraja Putrajaya) 2022 selama dua hari lagi sehingga 6 September ini.

PPj menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, perkara itu diputuskan susulan sambutan menggalakkan daripada pengunjung selain mengambil kira musim cuti sekolah yang bermula esok.

Menurutnya, Floria Diraja Putrajaya 2022 yang membuka tirai pada 29 Ogos lalu sepatutnya berakhir pada Ahad ini.

“Ayuh beramai-ramai ke Floria Diraja Putrajaya 2022 bersama keluarga dan kenalan,” katanya.

PPj menjelaskan, tiket masuk ke Floria Diraja Putrajaya 2022 boleh ditempah secara dalam talian di laman sesawang https://floria.putrajaya.my/.

Floria Diraja Putrajaya 2022 dirasmikan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertemakan ‘Floria Hebat’ dengan orkid sebagai bunga tema.

Edisi terkini Festival Bunga dan Taman itu menghimpunkan kira-kira 10,000 orkid yang dipamerkan dengan lebih daripada 400,000 pokok pelbagai spesies.

Antara komponen baharu adalah Taman Keluarga Malaysia, Taman Koboi dan Sukulen, Taman Instagrammable, Hiasan Dinding Orkid dan Terowong Oncidium.

Selain itu Clock Meadow, Taman ‘Glow in the Dark’ serta Taman Bonsai dan Suiseki manakala komponen seperti Laman Astaka Diraja dan laluan utama kembali dengan wajah baharu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya