‘Episod hitam’ Salleh dipecat terus dikenang warga kehakiman  

‘Episod hitam’ Salleh Abas dipecat terus dikenang warga kehakiman  

TENGKU MAIMUN Tuan Mat bergambar dengan sebahagian ahli keluarga Salleh Abas pada program Prosiding Rujukan Bekas Ketua Hakim Negara di Istana Kehakiman, Putrajaya. - UTUSAN/AMREE AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua lapisan warga kehakiman di negara ini terus mengenang ‘episod hitam’ pemecatan Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Negara keenam pada 1988.

 Penyandang jawatan itu, Tun Tengku Maimun Tuan Mat berkata, drama penyingkiran itu sentiasa diingati dalam sejarah sistem institusi kehakiman Malaysia.

 Insiden yang berlaku pada tahun tersebut, katanya, memberi tamparan hebat kepada taraf Perlembagaan Persekutuan apabila dicampuri oleh pihak kepemimpinan eksekutif negara.

 “Peristiwa amat pahit yang menimpa beliau telah membawa kepada pergolakan badan kehakiman negara,” katanya ketika berucap pada Prosiding Rujukan Tun Salleh di sini hari ini.

 Acara berkenaan diadakan sebagai tanda peringatan kepada Allahyarham yang dilucutkan jawatan dengan mengejut tanpa sempat diadakan sebarang majlis perpisahan secara rasmi.

 Antara yang hadir ialah bekas Ketua Hakim Negara Ke-14, Tun Raus Sharif; Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Rohana Yusuf dan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed.Tidak ketinggalan ialah Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun; Yang di-Pertua Majlis Peguam Malaysia, Karen Cheah dan seramai 39 anggota keluarga Allahyarham dari seluruh negara.

 Kes Salleh mendapat liputan luas media asing kerana dipecat tanpa mengikut prosedur oleh Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad susulan krisis perlembagaan 1987. Ia turut menyaksikan lima hakim Mahkamah Agung (kini dikenali Mahkamah Persekutuan) digantung jawatan ekoran surat rahsia kumpulan 20 hakim kepada Yang di-Pertuan Agong.

Kemelut itu juga dikaitkan dengan pembatalan pendaftaran UMNO apabila pemilihan jawatan parti tersebut didapati tidak sah setelah difailkan kumpulan pro-Tengku Razaleigh Hamzah. Allahyarham Salleh yang kemudian menyertai politik dan menjadi wakil rakyat di Terengganu, meninggal dunia pada 16 Januari 2021 lalu dalam usia 91 tahun akibat kes Covid-19.

 Mengulas lanjut, Tengku Maimun menzahirkan perasaan dukacita atas pemergian tokoh itu kerana sepanjang hayatnya amat gigih memperjuangkan isu kebebasan institusi kehakiman.

 “Kehilangan beliau merupakan kerugian kepada negara dan banyak penghakiman dinukilnya itu jadi rujukan malah kredibiliti kehakiman Malaysia dianggap model negara lain,” katanya. – UTUSAN

alleh abas

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya