Dua lelaki dalang edar dadah ditahan

Dua lelaki dalang edar dadah ditahan

SEBAHAGIAN dadah yang dirampas daripada dua suspek dalam serbuan di Sungai Dua dan Butterworth, Pulau Pinang Jumaat lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah didalangi dua lelaki tempatan dan merampas sebanyak 6.3 kilogram dadah bernilai RM86,390 di Seberang Perai Utara (SPU) dekat sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd. Radzi Ahmad berkata, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang menahan kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 26 dan 25 tahun dalam dua serbuan di Sungai Dua dan Butterworth.

“Polis menjumpai sebanyak 14 bungkusan dadah jenis heroin seberat 6.3 kilogram bernilai RM84,000 dan dua bungkusan ganja seberat 47.8 gram dengan anggaran nilai RM2,390.

“Kita turut merampas sebuah kereta, sebuah motosikal, sebentuk cincin dan seutas rantai dengan jumlah keseluruhan rampasan dadah dan sitaan sebanyak RM136,140,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, hasil siasatan mendapati sindiket terbabit mulai aktif sejak Jun lalu untuk pasaran tempatan dan jumlah dadah yang dirampas boleh menampung keperluan kira-kira 31,500 penagih.

“Saringan air kencing mendapati, kedua-dua suspek positif dadah jenis tetrahydrocannibol (THC) dan ketamin selain mereka juga memiliki rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah.

“Kedua-dua suspek direman selama enam hari sehingga 8 September ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya