Deklamasi Puisi Artistik sempena Hari Malaysia

Deklamasi Puisi Artistik sempena Hari Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sayembara Deklamasi Puisi Artistik Hari Malaysia (SDPAHM) Akhir Peringkat Kebangsaan Ke-3 diadakan sempena dengan Sambutan Hari Malaysia tahun ini. 

Presiden Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia (Pemuisi), Datuk Dr. Radzuan Ibrahim berkata, SDPAHM  akan diadakan 15 September ini jam 8.30 malam di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur. 

“SDPAHM dimulai pada tahun 2020 dengan hasrat mengangkat puisi di persada sastera negara dan melahirkan kecintaan terhadap negara melalui puisi. 

“Selain itu, bagi memartabatkan bahasa Melayu supaya bersesuaian dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara,” katanya dalam kenyataan media tersebut. 

Pertandingan ini adalah kerjasama antara Pemuisi, DBP dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). 

Majilis tersebut akan dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim serta dihadiri oleh  Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Prof. Datuk Seri Awang Sariyan, Ketua Pengarah DBP, Datuk Abang Sallehuddin Abg Shokeran dan sasterawan-sasterawan negara 

“SDPAHM peringkat akhir akan disertai 15 orang peserta yang terdiri daripada johan peringkat negeri-negeri dan wilayah-wilayah persekutuan seluruh Malaysia.

“Tahun ini pertandingan tersebut mendapat sambutan yang cukup baik dalam kalangan deklamator tanah air di mana 300 orang peserta dari seluruh negara telah mengambil bahagian,” katanya.

Beliau berkata, kesemua peserta mendeklamasikan puisi-puisi patriotik yang dipetik daripada buku teks SDPAHM, Antologi Puisi Pohon Merdeka, terbitan PEMUISI.

“Beberapa orang pemuisi undangan akan turut membuat persembahan baca puisi, syair, monolog, puisidra, lagu-lagu puisi, tarian tradisional Ulek Mayang dan sebagainya di majlis tersebut,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya