Datuk didakwa menyamar Setiausaha Sulit Tengku Mahkota Pahang

Datuk didakwa menyamar Setiausaha Sulit Tengku Mahkota Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu dengan menyamar sebagai Setiausaha Sulit Tengku Mahkota Pahang, dua tahun lalu.

Bagaimanapun tertuduh Datuk Redzuan Zainuddin, 40, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nadia Othman.

Mengikut pertuduhan, Redzuan didakwa cuba menipu pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) anak syarikat sebuah bank berusia 58 tahun dengan menyamar sebagai Setiausaha Sulit Tengku Mahkota Pahang/Pemangku Sultan Pahang.

Perbuatan itu didakwa dilakukan supaya lelaki itu melantik tertuduh sebagai Ahli Pemegang Amanah Yayasan Bank Rakyat.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah aras  Menara 1, Menara Kembar Bank Rakyat, Brickfields di sini pukul 2.14 petang pada 27 Mac 2020.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama yang memperuntukkan penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan yang diwakili Pegawai Pendakwa Asisten Superitendan Nom Phot Prackdit mencadangkan jaminan RM10,000 terhadap tertuduh.

Bagaimanapun peguam Ramalinggam yang mewakili tertuduh memohon jumlah ikat jamin itu dikurangkan dengan alasan anak guamnya mempunyai tanggungan keluarga.

“Tertuduh merupakan seorang ahli perniagaan, sudah berkahwin dan mempunyai anak. Pohon jumlah jaminan dikurangkan,” kata peguam itu.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Tarikh 25 Oktober ini ditetapkan untuk sebutan kes. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya