PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan jangkitan positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,971 kes berbanding kelmarin, 1,990 kes sekali gus mengatasi 2,389 kes sembuh.
Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 590 kes diikuti Kuala Lumpur (371), Perak (188), Sabah (160) dan Pinang Pinang (102).
Bagi negeri catat bawah 100 kes iaitu Melaka (91), Sarawak (85), Negeri Sembilan (75), Johor (73), Kedah (63), Kelantan (45), Pahang (42) dan Putrajaya (38) dan Terengganu (24) dan Perlis (20).
Hanya Labuan mencatatkan kes satu angka iaitu empat kes. Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 411 orang berbanding kelmarin, 451 orang.
Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 69 kes berbanding jumlah kelmarin, 67 kes. Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 49 kes berbanding jumlah kelmarin, 46 kes.
Bagi kluster Covid-19 pula, satu kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 24 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,073 kluster.
Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan tiga kes berbanding jumlah kelmarin, empat kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,277 kes. Tiada kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,709 kes. – UTUSAN