PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,990 kes berbanding kelmarin, 2,226 kes sekali gus diatasi 2,016 kes sembuh.
Berdasarkan laman web https://covidnow.moh.gov.my hari ini, Selangor kembali menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 500 kes diikuti Kuala Lumpur (454), Sabah (183) dan Perak (177).
Bagi negeri catat bawah 100 kes iaitu Sarawak (89), Johor (88), Negeri Sembilan (87), Pinang Pinang (85), Kedah (82), Melaka (68), Kelantan (66), Pahang (46) dan Putrajaya (32) dan Terengganu (18).
Hanya dua sahaja catat kes satu angka iaitu Perlis, lapan kes dan Labuan, tujuh kes.
Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 451 orang berbanding kelmarin, 426 orang.
Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 67 kes berbanding jumlah kelmarin, 64 kes.
Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 46 kes berbanding jumlah kelmarin, 38 kes.
Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 23 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,072 kluster.
Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan empat kes berbanding jumlah kelmarin, lapan kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,274 kes.
Manakala, tiada kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,709 kes. – UTUSAN