PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,328 kes berbanding kelmarin, 2,356 kes sekali gus diatasi 2,618 kes sembuh.
Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 715 kes diikuti Kuala Lumpur (415), Sabah (205), Perak (175), Sarawak (140), Negeri Sembilan (125) dan Melaka (109).
Bagi negeri catat bawah 100 kes iaitu Kedah (87), Kelantan (76), Pinang Pinang (75), Johor (66), Pahang (55), Putrajaya (36), Terengganu (34) manakala Perlis, sembilan kes dan Labuan, enam kes.
Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 410 orang berbanding kelmarin, 375 orang. Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 79 kes berbanding jumlah kelmarin, 74 kes.
Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 44 kes berbanding jumlah kelmarin, 46 kes. Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 25 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,068 kluster.
Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan sembilan kes bersamaan jumlah kelmarin, sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,234 kes.
Tiga kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,702 kes. – UTUSAN