Covid-19: 2,244 kes positif; Lembah Klang kekal tertinggi

Covid-19: 2,244 kes positif; Lembah Klang kekal tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,244 kes berbanding kelmarin, 2,328 kes sekali gus diatasi 3,202 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 679 kes diikuti Kuala Lumpur (466),  Perak (224), Sabah (187) dan Negeri Sembilan (112).

Bagi negeri catat bawah 100 kes iaitu Melaka (95), Pahang (78), Sarawak (74), Pinang Pinang (74), Kedah (61), Johor (60), Putrajaya (45), Kelantan (42), Terengganu (36) manakala Perlis, enam kes dan Labuan, lima kes. 

Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 421 orang berbanding kelmarin, 410 orang. Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 75 kes berbanding jumlah kelmarin, 79 kes.

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 40 kes berbanding jumlah kelmarin, 44 kes. Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 25 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,068 kluster.

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan sembilan kes bersamaan jumlah kelmarin, sembilan kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,243 kes. Dua kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,704 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya