PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,572 kes berbanding kelmarin, 1,977 kes sekali gus diatasi 2,695 kes sembuh.
Berdasarkan laman web https://covidnow.moh.gov.my hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 476 kes diikuti Kuala Lumpur (333), Sabah (150) dan Perak (148).
Bagi negeri catat bawah 100 kes iaitu Pulau Pinang (81), Negeri Sembilan (61), Melaka (65), Sarawak (52), Johor (51), Kedah (41). Pahang (33), Terengganu (30), Kelantan (27), dan Putrajaya (15).
Hanya dua lokasi mencatatkan kes satu angka iaitu Perlis, tujuh kes dan Labuan, dua kes.
Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 335 orang berbanding kelmarin, 405 orang.
Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 60 kes bersamaan jumlah kelmarin.
Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 37 kes berbanding jumlah kelmarin, 41 kes.
Bagi kluster Covid-19 pula, satu kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 18 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,077 kluster.
Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan tiga kes berbanding jumlah kelmarin, enam kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,308 kes.
Manakala, dua kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,717 kes. – UTUSAN