COO antara direman kes tuntutan palsu projek tebatan banjir di Selangor - Utusan Malaysia

COO antara direman kes tuntutan palsu projek tebatan banjir di Selangor

ENAM kakitangan sebuah syarikat swasta di bawa ke Mahkamah Majistret untuk direman bagi bantu siasatan kes tuntutan palsu sebanyak RM900,000 di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Ketua Pegawai Operasi (COO) sebuah syarikat swasta antara enam yang dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini untuk direman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berhubung projek tebatan banjir di negeri ini bernilai RM900,000.

Selain COO berkenaan, suspek lain bekerja sebagai pembantu kontrak, pengurus kontrak, akauntan, pengarah yang masing-masing berusia 30 hingga 59 tahun direman selama lima hari sehingga Sabtu ini.

Perintah reman tersebut dikeluarkan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

SPRM sebelum ini memaklumkan penahanan enam individu bagi membantu siasatan kes kemuka tuntutan palsu bernilai RM900,000 pada tahun 2016 hingga 2021.

Keenam-enam suspek termasuk empat wanita itu ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira 5 petang semalam ketika hadir memberi keterangan.

Tiga daripada mereka yang merupakan COO, pengarah dan akauntan sebuah syarikat pembinaan dipercayai berpakat untuk meluluskan pembayaran kepada dua buah syarikat yang terbabit dalam kerja-kerja menaik taraf saliran dan projek tebatan banjir di negeri Selangor sedangkan kerja-kerja itu tidak dilaksanakan.

Sumber memaklumkan, projek pertama iaitu kerja-kerja menaik taraf saliran membabitkan nilai lebih RM250,000 manakala projek tebatan banjir pula bernilai lebih RM600,000.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya