Caruman Perkeso pekerja domestik di Kelantan masih rendah - Utusan Malaysia

Caruman Perkeso pekerja domestik di Kelantan masih rendah

NORA Yaacob (tengah) bersama pegawainya menunjukkan maklumat mengenai caruman pekerja domestik di pejabat Perkeso, Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mendedahkan kurang 10 peratus daripada jumlah keseluruhan pekerja domestik di negeri ini masih belum membuat caruman dengan badan berkenaan sejak Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) dikuatkuasakan bermula 1 Jun tahun lalu.

Pengarahnya, Nora Yaacob berkata, perkara tersebut menjadi antara cabaran utama yang perlu diambil berat bagi memastikan golongan pekerja mengetahui akan hak mereka berkait dengan keperluan membuat caruman.

Menurutnya, pekerja domestik itu melibatkan bidang pembantu rumah, pemandu peribadi, tukang kebun, tukang masak, pengawal peribadi, pengawal keselamatan, penjaga orang sakit dan pengasuh bayi atau kanak-kanak.

“Oleh yang demikian, kami (Perkeso) giat turun padang dan akan bekerjasama dengan pihak berkaitan termasuk di peringkat Parlimen melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN) dan lain-lain untuk memberi penjelasan berhubung caruman yang diwajibkan itu.

“Pada masa sama, majikan yang gagal mencarum kepada pekerja tersebut akan dikenakan tindakan tegas sekiranya masih berdegil untuk berbuat demikian,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya semalam.

Nora memberitahu, majikan atau individu yang menggajikan pekerja domestik perlu menyedari kewajipan serta tanggungjawab untuk membuat caruman.

Katanya, mana-mana majikan yang menggaji pekerja domestik dan masih belum berbuat demikian diminta tampil ke pejabat Perkeso berdekatan untuk membuat pendaftaran dan caruman kepada kakitangan mereka.

Media sebelum ini melaporkan, semua pekerja domestik yang bekerja dengan individu tanpa melibatkan aktiviti perdagangan, perniagaan atau profesion di negara ini diwajibkan mempunyai perlindungan keselamatan sosial Perkeso berkuat kuasa 1 Jun 2021.

Kadar caruman yang perlu dibayar oleh majikan dan pekerja domestik pula bergantung kepada gaji bulanan seorang pekerja tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya