SHAH ALAM: Berjaya menamatkan pengajian peringkat ijazah doktor falsafah (PhD) dalam tempoh tiga setengah tahun atau lebih awal daripada jangkaan mungkin satu pencapaian memberangsangkan, tetapi mampu menghabiskannya sambil mengurus lapan anak, itu luar biasa. Itulah pengalaman getir dilalui Dr. Zatilfarihiah Rasdi yang berjaya menyiapkan kajian dalam bidang biokimia perubatan pergigian sekali gus melengkapkan pengajiannya di peringkat pasca siswazah untuk bergraduasi dalam Istiadat Konvokesyen Ke-94 Universiti Teknologi Mara (UiTM) bermula 10 September lalu. Ibu muda berusia 38 tahun itu mengakui, perjalanan dan cabaran pengajiannya mungkin tidak sama dengan orang lain, tetapi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya