Bersatu perlu guna lambang bulan - Pas Pahang

Bersatu perlu guna lambang bulan – Pas Pahang

AHLI-ahli Pas meminta logo parti itu digunakan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 nanti dan bukannya logo Perikatan Nasional.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Komponen Perikatan Nasional (PN) seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diseru menggunakan lambang Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Perwakilan Pas Pahang, Wan Razali Wan Nor berkata, penggunaan logo Pas melambangkan penyatuan dan perpaduan antara parti-parti komponen.

“Oleh yang demikian, saya sangat bersetuju dengan Perwakilan Terengganu dalam Konvensyen PN mencadangkan supaya Kedah, Kelantan dan Terengganu menggunakan logo Pas pada PRU15.

“Kita juga berharap logo Pas tidak terhad kepada Pas negeri, tetapi sebagai simbol perpaduan, saya suka mencadangkan agar parti-parti lain yang bersepakat dengan Pas seperti Bersatu agar menggunakan logo bulan,” katanya dalam perbahasan Muktamar Pas Ke-68, di sini hari ini.

Katanya, lambang Pas juga menjadi faktor kepada kemenangan parti itu pada PRU14.

“Penggunaan logo Pas telah terbukti bukan hanya membawa simbol penyatuan, malahan simbol integriti sebagaimana pencapaian Pas di tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah.

“Jadi, ini akan meningkatkan lagi keyakinan rakyat seterusnya mencapai kemenangan pada PRU15,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya